8 Cara Untuk Mengatasi Panic Attack

1. Dapatkan tidur yang mencukupi
Tidur yang tak mencukupi atau tak berkualiti boleh menganggu kehidupan seharian kita. Kesannya badan akan rasa letih, mood jadi swing, mudah marah, cepat tertekan dan sebagainya. Akhirnya kita akan rasa resah dan gelisah.
2. Bersenam setiap hari
Bersenam dapat membantu badan menjadi cergas dan ringan sekaligus menjadikan kita lebih sihat dan ceria.
3. Amal pemakanan yang seimbang
Kita apa yang kita makan. Badan yang sihat bermula dari pemakanan yang sihat. Elakkan makan makanan yang tinggi kandungan garam seperti process food dan fast food.
4. Elakkan dari minum kafein / alkohol
Ni bukan kata yang ada panic attack, orang yang sihat pun sepatutnya elak dari minum kafein atai alkohol secara berlebihan. Apa lagi korang yang ada penyakit ni. Terutama yang ada gastrik. Ada yang kata air susu segarr tak boleh juga orang gastrik minum tapi tengok atas orang juga sebenarnya.
5. Jangan / berhenti merokok
Bagi yang merokok, dah tiba masanya untuk berhenti merokok. Kesihatan badan lebih utama. Merokok tak membantu melegakan keresahan yang dialami malah boleh menjadikan penyakit tersebut bertambah buruk.
6. Beryoga
Salah satu aktiviti yang boleh membantu diri menjadi lebih tenang dan kekal positif. Ini kerana masa beryoga fikiran kita akan fokus pada gerakan yoga tu saja.
7. Join support group
Sharing is caring. Bukan kita sorang je yang ada penyakit tu. Ramai lagi. Kadang-kadang kita perlu baca pengalaman orang lain yang ada penyakit yang sama untuk jadikan kita lebih positif. Banyak support group yang korang boleh join untuk bertanya pendapat atau dapatkan info yang diperlukan.
8. Kekal Tenang dan Berfikiran Positif
Akhir sekali kita kena pastikan kita sentiasa berfikiran positif. Kalau kata tiba-tiba serangan tu datang, relax je. Jangan cepat panik. Duduk dengan selesa. Kemudian amik seberapa banyak masa yang kita perlu untuk tenangkan diri. Kalau perlu bersendirian, sila kan. Yang penting amalkan deep breathing untuk melegakan diri dan otot-otot yang stress akibat panik tadi. InsyaAllah korang akan rasa lega dan semua akan baik-baik saja. Ana doakan semoga kita semua diberi kekuatan dan kesihatan yang lebih baik dari hari-hari sebelumnya. Amin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close My Cart
Close Wishlist
Recently Viewed Close
Close

Close
Navigation
Categories